PUTRAJAYA: Tindakan mendenda penganjur perhimpunan yang gagal memberikan notis lima hari kepada pihak berkuasa adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan sebulat suara itu diputuskan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Hakim Tengku Maimun dalam penghakiman terakhir sebagai Ketua Hakim Negara berkata, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) itu adalah bertentangan dengan peruntukan Perkara 8 dan 10(1)(b). Berdasarkan Perkara 8(1)…