PASIR MAS: Seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila impian anaknya menyambung pengajian ke universiti menjadi kenyataan selepas wang yang diperlukan bagi tujuan itu mencukupi hasil bantuan orang ramai. Zakiah Nawang, 48, berkata, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah memberikan kesukaran kepadanya untuk memenuhi hasrat anak mereka, Mohd. Danial Ikhwan Mamat, 18, untuk menyambung pengajian ke Universiti Tun Hussien On Malaysia (UTHM). “Dengan pendapatan suami (Mamat Samad, 58,) sebanyak…