PETALING JAYA: Ibu kanak-kanak autistik, Ismanira Abdul Manaf mendakwa dipaksa mengaku membunuh Zayn Rayyan Abdul Matin ketika berada dalam tahanan reman selama 13 hari. Dalam tempoh sama, wanita itu turut mendakwa dipaksa membuka baju di hadapan seorang anggota polis wanita tanpa mengetahui tujuan diarah berbuat demikian. Ismanira turut menyatakan diugut, dipukul dan ditakut-takutkan sewaktu disoal siasat di sebuah banglo yang didakwa sebagai safe house (rumah selamat). Bagaimanapun, Ismanira juga menyatakan…