PETALING JAYA: Sarawak membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi menambah 17 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Terkini, jumlah DUN di Sarawak adalah sebanyak 82 kerusi dan bakal mencecah 99 kerusi sekiranya perkara itu diluluskan.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah yang membentangkan RUU DUN (Komposisi Keahlian) 2025 berkata, pertambahan itu perlu bagi mencerminkan peralihan demografi Sarawak dan pertumbuhan bandar serta permintaan perwakilan saksama.
“DUN perlu kekal dinamik dan responsif kepada keperluan rakyat yang semakin berkembang,” katanya dalam Sidang Khas DUN Sarawak hari ini.
Semalam, Yang Dipertua DUN Sarawak, Asfia Awang Nassar dilaporkan berkata, ketiga-tiga bacaan RUU itu dilakukan hari ini. – UTUSAN