Gempa bumi keenam: Aspek keselamatan bangunan mula diragui

Gempa bumi keenam: Aspek keselamatan bangunan mula diragui

BANDAR Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aspek kese­lamatan dan kekuatan bangunan serta infrastruktur untuk mendepani gegaran susulan gempa bumi keenam dalam tempoh seminggu setelah lima bangunan di Segamat, Johor mengalami keretakan.

Pakar kejuruteraan berpan­dangan kesan daripada gegaran berulang boleh meningkatkan risiko kerosakan jika langkah pencegahan tidak diambil se­gera khususnya Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) sukar menjangkakan gempa bumi bakal berlaku.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Ir. Dr. Mariyana Aida Ab. Kadir berkata, kesan kumulatif daripada gegaran berulang boleh meningkatkan risiko kerosakan jika langkah pencegahan tidak diambil se­gera.

Katanya, reka bentuk bangunan moden perlu mempunyai ciri-ciri khusus bagi meningkatkan ketahanannya terhadap gegaran termasuk keupayaan menyerap tenaga dan kemuluran pada kadar tertentu.

“Konsep utama struktur ta­han gempa bumi adalah memastikan komponen bangunan mampu menyerap tenaga gegaran secara berkesan sekali gus mengelakkan keruntuhan mendadak.

“Dalam rekabentuk tahan gem­pa, konsep reka bentuk ku­kuh harus diaplikasikan bagi memastikan kekuatan satu ba­ngunan.

“Ini penting untuk menge­lakkan kegagalan berantai (pro­gressive failure) yang bo­leh me­runtuhkan keseluruhan struk­tur ketika gempa bumi ber­laku,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu, Segamat se­kali lagi dilanda gempa bumi buat kali keenam yang berukuran 2.7 magnitud pukul 7.29 pagi semalam.

Menurut Jabatan Meteoro­logi (MetMalaysia), gempa ter­sebut dikesan pada jarak 2 kilometer Barat Laut dengan kedalaman 10 kilometer dari Segamat.

Sebelum ini, Segamat merekodkan lima kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 29 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.

Seorang penduduk, Efirul Rahman, 38, menyifatkan ge­garan kali ini agak kuat berbanding sebelumnya walaupun berukuran 2.7 magnitud.

Beliau sendiri mengalami gegaran ini di mana lantai rumah seperti bergerak dan si­ling bergoyang.

“Saya berada di rumah sewaktu kejadian. Tiba-tiba lantai rumah seperti teralih dan bergerak tetapi keadaan itu hanya dalam dua saat.

“Siling rumah juga rasa ber­gegar dengan bunyi seperti kenderaan berat lalu di depan rumah tetapi tiada satu pun kenderaan lalu,” katanya.

Timbalan Menteri Kerja Ra­ya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, lima bangunan kerajaan telah mengalami keretakan kecil ekoran kejadian gempa bumi yang terjadi di Segamat sejak minggu lalu.

Katanya, antara premis ke­rajaan terkesan adalah Kolej Komuniti Segamat 1 dan 2, Kuarters Polis Gemereh dan Hospital Segamat yang ma­sing-masing mengalami keretakan kecil pada dinding. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×