Ruhainies pulih dari demam panas, bersyukur dapat sambut hari lahir - Utusan Malaysia

Ruhainies pulih dari demam panas, bersyukur dapat sambut hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan pelakon Ruhainies stabil susulan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara akibat demam panas.

Menerusi perkongsian di Instastory, Ruhainies memaklumkan kesihatannya kini bertambah baik selepas beberapa hari berperang dengan penyakit tersebut.

“Saya dikejarkan ke hospital selepas tiga hari mengalami demam panas.

“Saya bersyukur kerana mendapat layanan amat baik daripada jururawat dan doktor pakar di hospital ini.

“Keadaan saya kini stabil menerima suntikan steroid dan diberikan ubat-ubatan,” tulisnya.

Pelakon berusia 33 tahun itu pada masa yang sama meluahkan rasa syukur kerana berpeluang sembuh menjelang sambutan hari lahirnya malam ini.

“Bersyukur kerana sempat pulih untuk meraikan hari lahir saya malam ini, Alhamdulillah,” tulisnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN