Ribut petir, hujan lebat di Pantai Barat Semenanjung hingga 5 petang

Ribut petir, hujan lebat di Pantai Barat Semenanjung hingga 5 petang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Pantai Barat Semenanjung sehingga pukul 5 petang ini.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), selain seluruh Perlis, Kedah dan Melaka, keadaan cuaca itu dijangka melanda Pulau Pinang membabitkan kawasan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

Katanya, di Perak, cuaca itu dijangka berlaku di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim, manakala Terengganu membabitkan Setiu dan Kuala Nerus.

“Di Pahang membabitkan Raub dan Rompin, manakala Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Di Negeri Sembilan pula, antara kawasan terjejas akibat cuaca itu termasuk Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), manakala Johor membabitkan Kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN