Macrame ilham urat, saraf - Utusan Malaysia

Macrame ilham urat, saraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Simpulan demi simpulan membentuk helaian pakaian yang bukan sahaja menjadi busana, tetapi turut menggambarkan struktur dalaman tubuh manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendekatan itu diketengahkan pereka muda, Anis Arisya Mohamad Asri, 23, menerusi koleksi avant-garde, Synapse.

Menariknya, keseluruhan rekaan dihasilkan dengan menggunakan teknik macramé secara manual.

“Teknik simpulan berlian diaplikasikan secara berlapis sehingga membentuk tekstur yang kompleks dan organik.

“Ia selari dengan inspirasi utama yang diambil daripada struktur urat dan sistem saraf manusia.

“Warna putih pula dipilih bagi menggambarkan tubuh yang terdedah dan rapuh, selain membawa mesej tentang kepentingan menjaga kesihatan diri,” katanya baru-baru ini.

Penggunaan warna putih secara keseluruhan menjadikan koleksi itu kelihatan bersih, namun tetap memberikan kesan dramatik.

Dari segi potongan, rekaan dibuat mengikut bentuk badan dan dilengkapi kemasan raw edge.

Kemasan itu melambangkan keadaan urat dan sistem saraf manusia yang terjejas akibat gaya hidup tidak sihat.

Dalam pada itu, katanya, proses penghasilan koleksi tersebut memerlukan masa yang panjang kerana setiap simpulan macramé diikat satu persatu tanpa bantuan mesin.

Penggunaan tiga lapisan bagi setiap rekaan juga menjadikan struktur macramé lebih tebal dan berat.

Ia sekali gus menyukarkan proses jahitan dan menuntut ketelitian yang tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN