Remaja 14 tahun hilang bersama lelaki ditemukan di Johor

Remaja 14 tahun hilang bersama lelaki ditemukan di Johor

NOOR ARIFFIN MOHAMAD NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Remaja perempuan berusia 14 tahun, Wong Xee Yuan yang didakwa melarikan diri dengan seorang lelaki di Kepong dekat sini ditemukan selamat malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kanak-kanak itu ditemukan di Batu Pahat, Johor.

Katanya, ibu bapa ada bersama kanak-kanak ketika ini.

“Buat masa ini mangsa sedang menjalani pemeriksaan di Hospital Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, siasatan dilakukan pihaknya buat masa ini masih menjurus kepada siasatan orang hilang (OH) dan kes akan selesai sebaik mangsa ditemukan.

“Namun sekiranya pemeriksaan doktor mendapati ada perkara sebaliknya berlaku maka siasatan akan dijalankan oleh pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Batu Pahat,” jelasnya.

Semalam, polis mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun selepas didakwa melarikan diri.

Laporan kehilangan kanak-kanak itu diterima daripada datuk mangsa.

Datuk mangsa mendakwa menghantar remaja terbabit ke sekolah pada 7 pagi sehingga dia masuk ke dalam pagar sekolah. 

Bagaimanapun ketika lelaki itu mengambilnya ketika selesai sesi persekolahan, remaja itu tidak muncul dan dimaklumkan guru kelas bahawa Xee Yuan tidak hadir ke sekolah pada hari terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN