Ramai mahu tuntut ilmu poligami dengan Aslam - Utusan Malaysia

Ramai mahu tuntut ilmu poligami dengan Aslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ramai netizen yang minta nasihat nengenai poligami ketika saya buat siaran langsung. Tetapi saya hanya anggap itu gurauan.”

Demikian kata pempengaruh, Ahmad Aslam yang menganggap permintaan netizen berkongsi tips berpoligami di usia muda hanyalah gurauan.

Ahmad Aslam atau Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, berkata, dia sering mengendahkan usikan sedemikian demi menjaga sensitiviti keluarga.

“Saya tidak menganggap pertanyaan fasal hal peribadi seperti itu sesuatu yang serius. Mungkin mereka cakap sebegitu sebab sengaja nak mencuit.

“Kebiasaannya saya tidak balas mesej langsung (DM) dan diam sahaja kalau nampak komen sebegitu sebab banyak perkara lain yang saya perlu ambil kira.

“Saya tidak boleh ulas lebih lanjut atau perincikan lagi berkenaan hal poligami sebab perkara ini membabitkan sensitiviti keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis New Chapter anjuran Wawa Cosmetics, baru-baru ini.

Aslam yang merupakan suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan dan Marissa Dania Hakim bagaimanapun mengakui berpoligami pada usia muda bukanlah suatu perkara yang mudah.

“Berpoligami pada usia muda ini tidak mudah, terutamanya, dalam enam bulan pertama sebab kita nak biasakan diri.

“Saya tetap cuba buat yang terbaik sehingga kini. Mana tak boleh, saya tetap usaha dan masih banyak yang perlu saya perbetulkan.

“Apa yang berlaku, saya akui dan anggap ini ujian untuk diri saya dan keluarga. Saya bersyukur dan berterima kasih untuk semuanya, alhamdulillah,” ujarnya.

Dilantik sebagai wajah kempen produk pelindung matahari Wawa Cosmetics, Aslam dan isterinya Umisya Mazlan mengakui kurang selesa apabila kisah peribadinya menjadi tumpuan.

“Sejujurnya, saya agak kurang selesa sebab kami bukan dari bidang sebegini, maksudnya diketengahkan sana sini, ramai orang tengok, bahasa mudahnya dilihat sebagai ‘public figure’.

“Tapi ini semua rezeki dari Allah SWT, yang mana kita berkesempatan mencuba benda baru, malah masyarakat pun menerima kami dan mereka menyapa kami dengan baik,” katanya.

Untuk info, Aslam berkahwin dengan isteri keduanya, Marissa Dania di Songkla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Umisya dan mentuanya, Abby Abadi dan Norman Hakim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN