BENTONG: Siapa sangka hanya dengan menanam kelapa jenis Sungai Gulang-Gulang (SGG), seorang usahawan desa mampu meraih pendapatan mencecah RM13,000 sebulan tanpa bergantung kepada orang tengah atau bantuan modal besar. Bermula secara kecil-kecilan dengan hanya 500 pokok di Kampung Lebu, di sini, Abu Hassan Abdullah, 55, kini membuktikan tanaman kelapa mampu menjadi sumber kekayaan baharu jika diusahakan dengan strategi dan inovasi produk. Beliau yang juga ahli Persatuan Usahawan Kelapa Malaysia, kini menjual lebih 7,800 biji kelapa segar setiap minggu yang dituai sendiri dan dipasarkan secara terus kepada pelanggan. “Pada mulanya memang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya