Rabbani teliti latar belakang penganjur konsert - Utusan Malaysia

Rabbani teliti latar belakang penganjur konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan nasyid, Rabbani memaklumkan cukup berhati-hati dan meneliti latar belakang penganjur yang menawarkan untuk membuat konsert.

Ahlinya, Azadan Abdul Aziz memaklumkan disebabkan itu pihaknya telah menanyakan banyak perkara dan meletakkan syarat sebelum memberi persetujuan berkolaborasi Universe Gateway bagi konsert Intifada Rabbani pada September ini.

“Penganjur juga telah menjelaskan mengenai persiapan dan perancangan mereka dalam mengendalikan perkara-perkara yang tidak dijangka.

“Insya-Allah, kami yakin Universe Gateway mampu memberi yang terbaik. Dan kami akan juga akan memberi sokongan, bukan sahaja berkenaan peranan kami, malah hal ehwal yang lain termasuk teknikal dan sebagainya,” katanya pada sidang media konsert tersebut, semalam.

Azadan mengulas mengenai Universe Gateway yang sebelum ini dikritik hebat gara-gara pengurusan konsert The Journey of Sound Judika & Dato Siti Nurhaliza pada Disember tahun lalu.

“Kami kalau boleh tak mahu komen perkara yang lepas. Yang penting sekarang adalah komitmen kami terhadap penganjur yang mahu berkolaborasi kami.

“Pengalaman lalu membuatkan kami lebih berhati-hati dan lebih bersistem. Tentunya kami harapkan konsert ini akan terlaksana dengan baik,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Azadan memberitahu pihaknya sudah berbincang dengan penganjur untuk menggerakkan kaedah dalam talian dan secara off line untuk membantu jualan tiket.

“Walaupun sekarang zaman multimedia, kita tidak boleh mengharapkan jualan tiket dalam talian semata-mata.

“Penganjur juga perlu gerakkan jualan secara ‘off line’ kerana kaedah itu juga membantu,” jelasnya.

Konsert Intifada Rabbani alan dipentaskan di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 20 September ini.

Tiket berharga antara RM150 hingga RM258 akan mula dijual bermula pukul 10 pagi, 31 Julai ini menerusi platform Ticket2U dan Fantopia.io. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN