Pulang dan majukan Malaysia - Ahmad Zahid

Pulang dan majukan Malaysia – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON, NEW ZEALAND: Rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di luar negara terutama dalam bidang kejuruteraa dan sektor profesional lain disarankan untuk pulang dan berbakti di tanah air bagi memajukan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyedari bahawa perkara itu sukar untuk dilaksanakan kerana tawaran gaji di Malaysia masih rendah sehingga mendorong mereka berhijrah ke luar negara.

Namun begitu, katanya, ketika melawat Universiti Victoria di Wellington (VUW) semalam, beliau ada menerima surat daripada pelajar Malaysia yang meminta supaya mereka ditawarkan pekerjaan sebaik menamatkan pengajian di New Zealand.

Berkongsi lawatan ke VUW, Ahmad Zahid mendedahkan ada menerima surat daripada seorang pelajar Malaysia agar mereka ditawarkan pekerjaan setelah tamat pengajian di New Zealand.

“Saya dapat satu kertas kerja (yang mencadangkan) semua pelajar-pelajar (di luar negara) mesti tandatangan satu perjanjian supaya balik (Malaysia) nanti diberi pekerjaan.

“Insya-Allah, terutama dalam bidang kejuruteraan, (perlu ada sekitar) 60,000 jurutera setiap tahun. Tapi keperluan sekarang tak capai.

“Justeru, saya minta baliklah ke negara kita terutama dalam bidang kejuruteraan atau profesional lain. Dalam bidang undang-undang dan perakaunan pun pulanglah ke Malaysia. Saya tahu gaji di Malaysia rendah berbanding New Zealand, tapi perlu ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama lebih 250 komuniti Malaysia, di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki.

 

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid menyalurksn sumbangan sebanyak NZD100,000 kepada Rumah Malaysia yang merujuk Kedutaan Malaysia di New Zealand bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-68, bulan depan.

Ahmad Zahid turut menitipkan nasihat kepada pelajar Malaysia di New Zealand agar mereka tidak bergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran dalam kuliah, sebaliknya, perlu belajar berasimilasi dengan persekitaran dan budaya tempatan.

“Saya sangat berbangga dengan anak-anak atau adik-adik kita ini. Mereka (belajar di luar negara) membawa nama Malaysia dengan imej terbaik.

“Ada pelajar tajaan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), MARA (Majlis Amanah Rakyat), (ditanggung) ibu bapa. Ada juga tajaan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan).

“Yang penting, saya nasihatkan jangan hanya belajar apa dalam kelas atau kuliah, tetapi belajar daripada keadaan sekeliling. Kena asimilasi dengan komuniti tempatan. Kena juga belajar budaya mereka khususnya budaya Maori,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN