Proses penambahbaikan sistem Kejara di fasa akhir

Proses penambahbaikan sistem Kejara di fasa akhir

AEDY FADLY RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berada di fasa akhir bagi menambah baik Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penambahbaikan yang bakal dilaksanakam itu merupakan sebahagian daripada rombakan besar-besaran sistem Kejara seperti yang dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini.

“Rombakan ini sudah di peringkat ‘final stage’ di JPJ sebelum diangkat ke Kementerian Pengangkutan sebelum pertimbangan apakah penambahbaikan panambahbaikan yang kita akan laksanakan.

“Ini kami akan umumkan kelak. Ia di peringkat akhir JPJ sebelum diluluskan menteri,” katanya pasa sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama Persatuan Pengusaha Lori dan Pengusaha Bas Ekspres dan Pelancongan berkaitan inisiatif keselamatan jalan raya di sini hari ini.

Tambahnya, aspek penambahbaikan dalam sistem ini perlu melalui tempoh masa tertentu kerana ia turut membabitkan aspek perundangan.

Jelas beliau, JPJ juga telah membentangkan penambahbaikan sistem terbabit kepada Anthony Loke sebanyak dua kali.

“Pindaan kaedah akan ambil masa kerana ia perlu pergi ke peringkat yang lebih tinggi seperti Peguam Negara dan sebagainya,” jelasnya.

Sebelum ini, Anthony Loke berkata sistem Kejara akan dirombak secara besar-besaran tidak kerana tidak efektif pada masa ini dan disifatkan sebagai gagal.

Sistem Kejara adalah suatu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan motor yang melakukan kesalahan terjadual di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Mengulas berkenaan sesi libat urus hari ini, Aedy berkata, JPJ memaklumkan tentang usaha yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya di negara ini.

“Rata-rata mereka telah memberikan satu pandangan yang amat positif dan meminta supaya JPJ kerap untuk mengadakan perbincangan sesi town hall yang kami adakan buat julung-julung kalinya pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN