PETALING JAYA: Polis masih mengesan pemilik akaun media sosial Threads yang membuat hantaran fitnah dan berunsur provokatif terhadap seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini, pihaknya sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengenal pasti pemilik akaun itu. Katanya, polis sudah merakam keterangan artis terbabit bagi membantu siasatan. “Beberapa lagi keterangan saksi akan diambil dalam…










