PETALING JAYA: Polis melumpuhkan kegiatan perjudian sabung ayam baka dari Filipina selepas menyerbu tempat penyimpanan ayam sabung di Tawau, Sabah, membabitkan nilai rampasan keseluruhan kira-kira RM3.28 juta, Jumaat lalu. Serbuan dijalankan pada 2.30 petang menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) oleh pasukan Wildlife Crime Bureau /Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKNDKA) Bukit Aman. Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, operasi itu turut membabitkan …