PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggotanya yang didakwa menahan dan memeras ugut wanita warga Taiwan ketika melalui sekatan jalan raya di kawasan SS2, di sini, 7 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya juga sudah menahan lima anggota yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit namun permohonan reman terhadap mereka ditolak oleh mahkamah. Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota terbabit melakukan penugasan…