PN sasar 300,000 orang sertai Himpunan Turun Anwar

PN sasar 300,000 orang sertai Himpunan Turun Anwar

PEMUDA PN hadir pada sidang akhbar 'Himpunan Turun Anwar' di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perikanan Nasional (PN) yakin lebih 300,000 orang akan hadir pada ‘Himpunan Turun Anwar’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 26 Julai ini.

Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sasaran baharu itu ditetapkan susulan sambutan hangat diberikan ahli parti dalam komponen PN.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, sebelum ini, pihaknya hanya menyasarkan kehadiran sekitar 50,000 orang.

“Sasaran kehadiran 50,000 orang yang kita umum minggu lalu mendapat bantahan daripada orang ramai termasuk ahli parti justeru, kita letakkan sasaran baharu,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham dan Ketua Pemuda Kebangsaan, Malaysian Indian People Party (MPIP), Justin Prabakaran.

Katanya, himpunan akan bermula pukul 2 petang dan dijangka berakhir pukul 4 petang malah, peserta juga dinasihatkan untuk hadir dengan berpakaian tema hitam.

Afnan berkata, empat figura politik dijangka hadir pada himpunan itu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Himpunan ini adalah manifestasi rakyat untuk selamatkan negara yang kini dihimpit pelbagai masalah berpunca daripada individu bernama Anwar Ibrahim,” katanya.

Katanya, biarpun tidak lagi memohon permit himpunan, namun pihaknya telah mengutus surat makluman kepada pihak polis.

Jelasnya lagi, seramai 1,500 sukarelawan akan ditempatkan bagi mengawal keselamatan dan pergerakan himpunan selain pasukan medik dan barisan peguam.

Dalam pada itu, Afnan berkata, pihaknya telah menetapkan empat lokasi pertemuan peserta himpunan sebelum masing-masing bergerak ke Dataran Merdeka iaitu di Masjid Negara, Kompleks Beli Belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Afnan berkata, pihaknya tidak menggalakkan penglibatan kanak-kanak semasa perhimpunan itu kerana tidak sesuai, malah menasihatkan peserta supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan tidak merosakkan harta awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN