‘Piya’ campuran koko, madu, rempah

‘Piya’ campuran koko, madu, rempah

DIANA TAHIR dan RAHIM SHUKOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat motivasi rumah tangga, Ehati International Sdn. Bhd. (eHati) menafikan dakwaan air ‘Piya’ diberikan kepada peserta program mengandungi bahan terlarang.

Pengasas bersama, Diana Tahir dan Rahim Shukor dalam kenyataan berkata, minuman itu hanyalah campuran koko asli, madu dan rempah semula jadi dirumus membantu menenangkan fikiran dan tidak mempunyai bahan terlarang atau cendawan ajaib seperti didakwa.

Semalam, Ketua Polis Sela­ngor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kandungan air yang didakwa mengandungi bahan mengkhayalkan selepas diminum oleh peserta program itu dan sampel air berkenaan masih dalam proses siasatan dan belum dihantar ke makmal forensik.

Diana dan Rahim kini sedang dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan tidak berasas.

Katanya semua kenyataan dikeluarkan bersifat berniat jahat dan menjejaskan reputasi, kredibiliti dan operasi sah program yang dianjurkan syarikat tersebut.

“Kami menolak semua dakwaan program ditawarkan me­ngandungi unsur menggu­gat pegangan akidah umat Islam atau bercanggah dengan maqasid usul akhlak mulia,” katanya.

Sementara itu, pengasas program yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini ditahan polis selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan penahanan terbabit da disiasat di bawah Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Ke­seksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×