MELAKA: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menawarkan Program Sarjana Muda Penerbangan 2u1i, sekali gus meneroka sempadan baharu dalam bidang pendidikan tinggi negara. Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata, kerjasama strategik dengan International Aero Training Academy (IATAC) itu membolehkan pelajar memperoleh lesen juruterbang profesional dan Ijazah Sarjana Muda Penerbangan serentak. Katanya, pelajar tidak lagi perlu memperuntukan tempoh sehingga lima hingga enam tahun untuk memperoleh dua kelayakan iaitu ijazah sarjana muda dan Lesen Profesional Penerbangan (CPL). “Kini melalui program 2u1i tempoh pembelajaran dapat dipendekkan kepada hanya tiga tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya