MELAKA: Seorang pensyarah sebuah universiti awam di Melaka didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengambil dadah berbahaya jenis sintetik dan syabu bulan lalu. Tertuduh, Mohd. Shahrizan Othman, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Sharda Shienha Mohd. Suleiman. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah jenis amphetamine dan methamphetamine yang disenaraikan di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya