BESUT: Kemudahan penstrukturan semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mendapat sambutan menggalakkan daripada peminjamnya sejak dilancarkan akhir tahun lalu. Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, sejak kempen LESTARIPendidikan dilancarkan, ramai peminjam hadir ke pejabat perbadanan itu membuat penstrukturan semula bagi membuat bayaran mengikut kemampuan semasa . “Kita gunakan pendekatan yang empati, yang mana peminjam boleh datang ke cawangan PTPTN untuk membuat penstrukturan dan sekiranya mereka belum…