MARANG: “Lebih mengecewakan, individu yang terlibat adalah personaliti media sosial. Sepatutnya mereka menjadi teladan kepada masyarakat, bukannya membuat onar sehingga memalukan banyak pihak.” Demikian kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berhubung kes laporan palsu kehilangan seorang pempengaruh permotoran baru-baru ini. Kata beliau, tindakan tidak bertanggungjawab itu memaksa pelbagai agensi mengerah sumber termasuk aset, logistik dan anggota untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara intensif. “Pelbagai pihak menggerakkan kekuatan dalam operasi SAR namun akhirnya mendapati laporan tersebut hanyalah palsu. Perbuatan membuat laporan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya