JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke berdepan hukuman mati selepas didakwa atas empat pertuduhan memiliki dan mengedar dadah lebih 20 kilogram (kg), dua minggu lalu. Tertuduh, Chung Vui Kit, 39, mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Atifah Hazimah Wahab dan Nabilah Nizam. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi. Di hadapan Atifah Hazimah, dia didakwa mengedar dadah jenis Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat…










