Pegawai penguat kuasa disyaki terlibat sindiket ‘flying passport’

Pegawai penguat kuasa disyaki terlibat sindiket ‘flying passport’

ROSZITA Dim dalam sidang akhbar di Dewan Pelepasan Pelawat di CIQ BSI di Johor Bahru semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua orang pegawai penguat kuasa ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, malam semalam setelah disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku sindiket ‘flying passport’ atau kemasukan data pelawat me­ragukan.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Roszita Dim berkata, dua lelaki yang berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan pada pukul 9 malam susulan pemantauan yang dijalankan terhadap kumpulan yang bertugas.

Katanya, hasil pemantauan, pasukan Unit Pematuhan AKPS BSI mengesan beberapa kema­sukan data pelawat yang me­ragukan melalui pengenalan diri (ID) pengguna seorang pegawai yang bertugas di kaunter zon kereta.

“Unit Pematuhan AKPS BSI turut mengesan data pelawat asing yang berada dalam kategori pelawat bermasalah yang memerlukan tindakan pembetulan ralat oleh penyelia bertugas.

“Unit Pematuhan AKPS BSI juga mengesan tindakan pelepasan ralat terhadap data pelawat bermasalah yang telah dilakukan melalui ID seorang penyelia yang bertugas di zon motosikal,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Pelepasan Pelawat di CIQ BSI, di sini semalam.

Roszita berkata, hasil tindakan pemeriksaan yang dijalankan di kaunter kereta telah menemukan wang tunai berjumlah RM2,800 serta dua unit telefon bimbit dalam simpanan pegawai.

Katanya, soal siasat yang dijalankan telah berjaya membawa kepada penemuan sejumlah 11 pasport warga China dan tiga pasport Indonesia dalam sebuah beg berwarna hitam yang disembunyikan di atas siling kaunter berlainan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN