SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas lima pertuduhan berkaitan kes pengubahan wang haram berjumlah RM933,295 antara 2022 hingga tahun lalu. Tertuduh, Nas Suffian Nasrun, 41, yang juga Ketua Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melibatkan diri dalam transaksi wang RM224,840 yang merupakan hasil aktiviti haram dari sebuah akaun milik seorang lelaki kepada akaun bank milik ibunya. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya