PETALING JAYA: Lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertukar dan dinaikkan pangkat berkuat kuasa bermula 25 Ogos ini. Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Julina Salehuddin berkata, mendahului senarai adalah Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff yang bertukar kepada Jabatan Pengurusan Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran). Selain beliau, pertukaran itu turut membabitkan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Deputi Komisioner Alzafny Ahmad akan menggantikan Ahmad…










