PARLIMEN: Tiada kenaikan kos ibadah haji

PARLIMEN: Tiada kenaikan kos ibadah haji

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada kenaikan kos ibadah haji tahun 2025 bagi jemaah Muassasah dengan jumlah kekal RM33,300 seorang seperti tahun sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kuota haji rasmi Malaysia diperuntukkan kerajaan Arab Saudi juga kekal seramai 31,600 jemaah berdasarkan keputusan Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) iaitu 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Islam di sesebuah negara.

Bagaimanapun katanya, kuota tersebut tidak diperuntukkan pada tahun 2020 dan 2021 susulan penularan pandemik Covid-19.

“Pada tahun 2022 pula, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan 45 peratus daripada kuota asal disebabkan pandemik yang baru reda ketika itu. Ini menyebabkan kuota Malaysia pada tahun berkenaan hanya 14,306 jemaah.

“Tiada kuota rasmi yang tidak digunakan sepanjang tempoh tersebut memandangkan Malaysia mematuhi sepenuhnya peraturan dan ketetapan Arab Saudi dalam pengurusan ibadah haji,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) meminta justifikasi kenaikan kos haji 2025, status pelaburan Tabung Haji dan jumlah kuota haji Malaysia yang tidak digunakan bagi tahun 2020 hingga 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN