KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa individu yang didakwa sebagai pemberi maklumat dalam kes berkaitan skandal mineral di Sabah. Beliau berkata, individu berkenaan, Albert Tei, bukan sahaja membuat pendedahan kepada media, malah turut tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Apa yang menarik perhatian saya adalah walaupun akta ini sepatutnya memberi manfaat besar dalam usaha memerangi rasuah, kita dapati pelaksanaanya…