KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan Sabah dalam sebarang rundingan dan perbincangan berkaitan isu persempadanan maritim antara Malaysia dan Indonesia khususnya membabitkan kawasan Laut Sulawesi. Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, pandangan serta kepentingan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa diambil kira dalam setiap proses membuat keputusan selaras dengan usaha mempertahankan kedaulatan dan hak Malaysia. Katanya, wakil kerajaan Sabah turut terlibat secara langsung dalam mesyuarat serta rundingan teknikal berhubung persempadanan maritim…