PARLIMEN: Pembangkang persoal keabsahan Laporan Ketua Audit Negara

PARLIMEN: Pembangkang persoal keabsahan Laporan Ketua Audit Negara

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sekali lagi menjadi tumpuan selepas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 menjadi pertikaian dalam sesi perbahasan laporan tersebut hari ini.

Dalam sesi tersebut, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) membangkitkan keabsahan laporan yang dibentangkan Isnin lalu ekoran jawatan Ketua Audit Negara yang  dikatakan masih penjawat awam ketika dilantik. 

Katanya, Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi masih merupakan pegawai tadbir diplomatik (PTD).

“Untuk menjadikan laporan ini sah, maka orang yang bertanggungjawab yang menyelia dan keluarkan laporan ini mestilah orang yang sah dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.  

“Saya ingin tarik perhatian ini kepada Perkara 105 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan Ketua Audit Negara, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan. 

“Ini bermaksud jawatan Ketua Audit Negara tidak boleh daripada pegawai awam sedang berkhidmat,” katanya.

Takiyuddin menggesa kerajaan agar menjelaskan sama ada pelantikan Ketua Audit Negara dalam kalangan pegawai kerajaan adalah sah mengikut Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya. 

“Ini sudah tentu berlaku konflik kepentingan. Ketua beliau adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN). Bagaimana seorang Ketua Audit Negara nak buat audit terhadap tugas yang dilaksanakan bos beliau sendiri,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN