LKAN: Denda kelewatan kenderaan perisai Gempita belum dikutip

LKAN: Denda kelewatan kenderaan perisai Gempita belum dikutip

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM162.75 juta denda masih belum dikutip Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan pembekalan kenderaan perisai Gempita kepada Tentera Darat Malaysia (TDM). 

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025, di samping itu denda kelewatan belum dikenakan bagi kontrak penyelenggaraan, pembaikan dan pembekalan alat ganti pula mencecah RM1.42 juta.

Laporan berkata, sejumlah RM107.54 juta perolehan telah dilaksanakan secara pecah kecil sekaligus mencetuskan persoalan mengenai pematuhan kepada prosedur kewangan kerajaan.

“Kelewatan pembekalan kenderaan perisai Gempita oleh syarikat telah menyebabkan loss of use kerana TDM tidak dapat menggunakan kenderaan perisai Gempita dalam tempoh seperti yang dirancang dan menjejaskan keupayaan TDM untuk menyediakan kenderaan perisai yang mencukupi. 

“Perkara ini juga secara tidak langsung memberi risiko dan impak kepada pencapaian visi dan misi TDM untuk menjadi sebuah angkatan Tentera Darat yang moden dan berkeupayaan mempertahankan kedaulatan Malaysia,” menurut laporan itu. 

Tambah LKAN, denda yang lewat dikutip daripada syarikat atas kelewatan pembekalan tersebut juga menyebabkan kerajaan berhadapan dengan risiko kerugian. 

Oleh itu, LKAN mengesyorkan agar beberapa langkah penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan berkenaan dan memastikan pengurusan pendaftaran serta pengeluaran dokumen pengenalan diri mencapai objektif ditetapkan.

“Mengeluarkan notis tuntutan denda terhadap syarikat apabila berlaku kelewatan pembekalan atau perkhidmatan semasa kontrak masih berkuat kuasa bagi menunjukkan hasrat Kementerian untuk menguatkuasakan haknya.

“Selain itu, kerajaan perlu memastikan kontrak diwujudkan dan disediakan dalam tempoh yang sewajarnya serta memastikan perolehan secara pecah kecil tidak dilaksanakan di peringkat PTJ.

“Sekiranya terdapat keperluan untuk PTJ melaksanakan perolehan dalam tempoh ketiadaan kontrak, perolehan tersebut hendaklah diangkat kepada Kementerian Kewangan melalui pegawai pengawal untuk kelulusan khas,” menurut laporan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×