PARLIMEN: Malaysia belum terima permohonan AS pencalonan Nick Adams

PARLIMEN: Malaysia belum terima permohonan AS pencalonan Nick Adams

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memberi pandangan dan pertimbangan untuk dibawa ke Kabinet sekiranya menerima permohonan perjanjian Amerika Syarikat (AS) berkait pencalonan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan berhubung pelantikan tersebut seterusnya akan dibuat Kabinet.

Katanya, perjanjian dan permohonan masih belum diterima kerajaan daripada AS setakat ini.

“Kita masih belum menerima permohonan perjanjian daripada AS. Kita lihat dulu macam mana.

“Kerajaan akan memberikan pandangan dan pertimbangan untuk dibawa ke Kabinet (dan Kabinet) akan memutuskannya,” katanya pada soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai pelantikan Adams yang sebelum ini mencetuskan polemik ekoran pendiriannya menentang melawan perjuangan Palestin dan menyentuh isu Islam.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mengumumkan Adams yang juga pengulas konservatif dan penulis akan dicalonkan sebagai Duta Besar AS ke Malaysia yang baharu.

Mohamad dalam pada itu turut meminta semua pihak supaya menunggu sehingga kerajaan menerima pencalonan Adams.

“(Ini) kerana kita belum dapat (perjanjian), kita dengar cakap sahaja. Nanti kita tolak, orang kata, kita tak minta pun. Nanti malu kita. Jangan kita malu, jangan kita hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini