GEORGE TOWN : Paras air di ketiga-tiga empangan utama di negeri ini kekal stabil manakala bekalan air pula dijangka mencukupi sekurang-kurangnya sehingga September walaupun musim Monsun Barat Daya sedang melanda. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, keadaan cuaca panas dan kering ketika ini tidak memberi kesan besar terhadap paras air di empangan. “Paras air di ketiga-tiga empangan utama di negeri ini masih…