Cik B, derita sakit saraf, sawan

Cik B, derita sakit saraf, sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak semua orang yang berkunjung ke rumah gadis ini mengetahui keadaan sebenar kucing malangnya itu.

Ini kerana, Cik B sentiasa aktif dan gemar melompat serta bermain.

Pemiliknya, Sharifah Hazwani Syed Syamsuddin, 23, kucingnya itu menderita penyakit saraf otak yang menyebabkannya kerap diserang sawan.

Katanya, si comel itu dikesan sawan sejak kali bertemu.

Ketika itu, Cik B dalam keadaan lemah akibat dibuli kucing-kucing liar di depan rumahnya.

Simpati dengan keadaan tersebut, dia lantas membawa haiwan itu masuk tetapi terkejut apabila melihat Cik B diserang sawan.

“Disebabkan penyakit itu, kami sekeluarga perlu memantau kesihatannya sepanjang masa dan tidak membenarkannya keluar rumah.

“Bila terkena sawan, keadaan Cik B tidak terkawal, ia akan melanggar semua objek di sekelilingnya termasuk perabot,” katanya.

Sharifah Hazwani hanya mampu memeluk kucing tersayang dengan tuala bagi menenangkannya.

Malah, dia turut mengasingkan Cik B daripada 19 kucing peliharaannya yang lain.

Melihat keadaan Cik B yang tidak sihat, kucing-kucingnya yang lain seperti dapat memahami dan tidak bergaduh dengan si comel itu.

Malah, kucing-kucingnya yang lain tidak kisah digigit manja Cik B ketika leka bermain.

Serangan datang bila terkejut
Menurutnya, Cik B mudah diserang sawan jika terkejut dek bunyi bising termasuk mercun.

Doktor memaklumkan berkemungkinan umur kucing malang itu tidak panjang.

Malah, si comelnya itu kurang selera makan yang menyebabkan saiz badannya kurus walaupun berumur tujuh tahun.

“Biasanya, kami rendamkan dahulu makanan kering di dalam air, kemudian suap perlahan-lahan.

“Kaedah sama digunakan bila mahu memberi makan ubat sawan dan vitamin,” katanya.

 

Kenangan buruk
Awal tahun ini, Cik B pernah hilang selepas menyusup keluar rumah ketika bapanya membuka pintu.

Haiwan itu dijumpai semula di kawasan semak belakang rumahnya, dalam keadaan sangat menyayat hati.

Cik B trauma dan badannya luka-luka akibat bergaduh dengan kucing liar.

Air mata Sharifah Hazwani mengalir laju kerana bimbang hayat kucingnya berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×