PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenalpasti dua lagi syarikat terlibat dalam dakwaan merasuah ekoran penahanan pengurus projek berhubung siasatan kes rasuah perolehan tender projek pembinaan pusat data di Johor, baru-baru ini. Menurut sumber, siasatan mendapati suspek utama iaitu pengurus projek mengaku telah meminta sebanyak tiga peratus daripada nilai projek daripada mana-mana syarikat terlibat. Katanya, ia dilakukan dengan membocorkan harga tender projek selain membantu memastikan syarikat-syarikat yang membayar rasuah…









