PETALING JAYA: Seramai 32 individu setakat ini dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes sindiket penyeludupan besi buruk dan e-waste di lima negeri. Menurut sumber, SPRM masih menjalankan siasatan lanjut bagi elemen rasuah di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta SPRM. “SPRM telah mengambil keterangan seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket penyeludupan tersebut. “Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya kepada Utusan…










