Nurul Izzah turut sertai bantahan, perarakan peguam

Nurul Izzah turut sertai bantahan, perarakan peguam

nurul izzah
Nurul Izzah Anwar ditemani suami, Yin Shao Loong ketika menyertai perarakan peguam di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar turut hadir menyertai perhimpunan peguam mempertahankan badan kehakiman di Putrajaya hari ini.

Dengan berbaju kurung ungu, beliau yang ditemani suami, Yin Shao Loong dilihat berada dalam kalangan peserta demonstrasi yang memegang sepanduk bertulis “Walk the talk, judicial independence“.

Kumpulan peguam hari mengadakan perarakan dari Istana Kehakiman ke bangunan Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum empat tuntutan mereka.

Antara tuntutan mereka adalah pengisian kekosongan jawatan kehakiman tertinggi, pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini, menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan campur tangan kehakiman dan menangani kekosongan kehakiman secara menyeluruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN