Noh Salleh, Insomniacks gegarkan Perayaan Patahati Universe - Utusan Malaysia

Noh Salleh, Insomniacks gegarkan Perayaan Patahati Universe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Noh Salleh dan kumpulan Insomniacks bakal menggegarkan kota bersejarah Melaka dalam acara Perayaan Patahati Universe, pada 23 Ogos ini.

Bertempat di Panggung Bangsawan Melaka, konsert sulung anjuran Patahati Universe itu tampil dengan slogan ‘Himpunan Warga Patahati’ dengan menjemput orang ramai healing bersama dalam acara yang dijangka berlangsung selama tiga jam itu.

Menurut Cassandra selaku Pengarah Projek, selain Noh dan Insomniacks, konsert itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan daripada Cherpen, Kucaimars dan Rijeu

“Satu dunia kini berbicara tentang isu mental health, tentang soal jiwa dan emosi. Justeru, Perayaan Patahati Universe adalah sebuah himpunan penyembuhan jiwa, dicipta sebagai pelukan hangat buat hati-hati yang pernah retak, namun masih merindui keindahan.

“Konsert ini sebagai sebuah perjalanan emosi yang puitis, di mana melodi menjadi ubat danlirik menjadi penawar menerusi untaian pemuzik sehebat Noh Salleh dan Insomniacks. Turut ditampilkan band Cherpen dan Kucaimars, selain Rijeu sebagai persembahan pembukaan kelak,” katanya.

Tambah Cassandra, konsert itu juga akan diselitkan dengan pesanan dan nasihat positif dari pempengaruh TikTok, Motivasi Fiq Sam sebagai sesi selingan antara persembahan

“Diiringi 25 lagu galau, patah hati dan healing, konsert akan diselang-seli pesan positif melalui tayangan drama pendek dan suara latar Motivasi Fiq Sam, selain interaksi artis semasa persembahan.

“Sesi itu digarap untuk menjadi sebuah malam healing yang membawa pesan apa jua yang dihadapi bukanlah satu pengakhiran.

“Juga menarik, Sambutan Hari Lahir Istimewa Warga Patahati Universe untuk meraikan penonton yang lahir pada tarikh 23 Ogos yang akan menyempurnakan lagi himpunan keluarga besar warga Patahati Universe, menjadikan Perayaan Patahati Universe berbeza dan istimewa,” jelasnya.

Tiket Perayaan Patahati Universe boleh didapatkan pada harga RM109 (Patahati – Berdiri), RM129 (Jatuhati – Duduk) dan RM159 (Luluhati – Duduk), manakala khas bagi pasangan, RM196 menerusi laman sesawang ilassotickets.com.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN