Muhamad Arafat dedah 16 AJK PKR Tambun mahu letak jawatan - Utusan Malaysia

Muhamad Arafat dedah 16 AJK PKR Tambun mahu letak jawatan

MUHAMAD Arafat Varisai Mahamad ditemui pemberita ketika meninjau lokasi berlaku banjir di Tanjung Rambutan, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas Ketua Cabang PKR Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mendedahkan seramai 16 ahli jawatankuasa (AJK) Cabang itu mahu meletak jawatan kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan pemilihan parti itu pada April lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta berkata, beliau memujuk kumpulan tersebut supaya tidak meneruskan hasrat mereka untuk meletak jawatan.

Dalam pemilihan pada 13 April lalu, Muhamad Arafat tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Cabang namun hampir kesemua pasukannya menang jawatan masing-masing.

“Di peringkat cabang, pasukan saya menang 95 peratus. Majoriti adalah pasukan saya. Apabila berlaku begini, mereka rasa kecewa sikit, Saya berusaha untuk pujuk mereka.

“Ada AJK yang sudah tunjukkan surat meletakkan jawatan kepada saya. Tetapi saya selaku ketua pasukan mereka, saya nasihatkan mereka iaitu tanggungjawab kita kini ada untuk membantu rakyat dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pertemuan antara penduduk perumahan di Kinding, Tanjung Rambutan dengan agensi kerajaan mengenai masalah banjir kilat di sini hari ini.

Keputusan pemilihan PKR pada April dan Mei lalu mengundang reaksi panas kononnya undian telah diolah sehingga didakwa berlaku situasi ‘badan tanpa kepala’ iaitu ketua kalah manakala anak buah menang.

Pada Mei lalu, kira-kira 15 AJK PKR Lenggong mengumumkan peletakan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti.

Mengenai impak kekalahannya, Muhamad Arafat, beliau menerima keadaan tersebut dan kini cuba melaksanakan peranannya sebagai ADUN sebaik-baiknya.

Tambun merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Cabang kawasan itu kini ialah Shamsul Kamar Ani. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN