PETALING JAYA: Media tidak seharusnya dijadikan alat untuk kepentingan politik mana-mana pihak sebaliknya perlu diurus secara profesional sebagai sebuah entiti perniagaan yang berasaskan etika, integriti dan tanggungjawab sosial. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dalam sistem demokrasi, media merupakan antara tiang penting yang bertanggungjawab menyampaikan maklumat sahih dan seimbang kepada rakyat. Beliau berkata, campur tangan politik dalam pengurusan media bukan sahaja merosakkan kredibiliti sesebuah organisasi malah…