Menantu Presiden Pas ditahan berhubung isu Kampung Sungai Baru

Menantu Presiden Pas ditahan berhubung isu Kampung Sungai Baru

ZAHARUDDIN MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, ditahan polis dipercayai berkaitan isu pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Zaharuddin dilaporkan ditahan di rumahnya kira-kira pukul 1.30 pagi tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menyifatkan penahanan itu sebagai tindakan keterlaluan.

“Tengah malam buta Ustaz Zaharuddin, Yang Dipertua Pas Sungai Buloh ditangkap. Dia bukan penjenayah yang diburu. Tunggulah siang. Ingat, roda sentiasa berpusing,” katanya di Facebook hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Selangor, Sukri Omar mendakwa penahanan dibuat kerana Zaharuddin lantang menyuarakan isu pengusiran penduduk kampung berkenaan.

“Ini kejam dan tidak berperikemanusiaan. Menangkap pendakwah di tengah malam kerana bersuara demi rakyat adalah bentuk ugutan yang tidak boleh diterima,” katanya.

Terdahulu, konflik tanah di Kampung Sungai Baru terus tegang apabila operasi pengosongan baru-baru ini bertukar kecoh hingga mencederakan seorang anggota polis.

Kawasan itu terlibat dalam projek pembangunan semula selepas diwartakan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Namun, sebahagian penduduk membantah pengusiran kerana tidak puas hati dengan pampasan yang ditawarkan selain mendakwa proses pengambilan tidak telus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN