MBI bantu penggunaan teknologi blockchain lebih selamat, dipercayai

MBI bantu penggunaan teknologi blockchain lebih selamat, dipercayai

CHANG Lih Kang ketika berbahas di Parlimen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI) bakal menjadi platform utama syarikat pemula serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam penggunaan teknologi ‘blockchain’ yang lebih selamat dan dipercayai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, MBI berperanan sebagai ‘clearinghouse’ kepada syarikat yang ingin menggunakan teknologi tanpa perlu risau ditipu penyedia perkhidmatan tidak sah.

Katanya, penyertaan dalam platform tersebut juga memberi nilai tambah kepada syarikat terbabit kerana menunjukkan mereka telah mendapat pengiktirafan kerajaan.

“Jika syarikat pemula mahu mencari rakan teknologi blockchain, mereka boleh rujuk platform ini. Kita sudah tapis, jadi mereka tidak perlu ragu-ragu lagi.

“Inilah bentuk pengiktirafan rasmi kepada syarikat pemula. Apabila tersenarai, ia juga boleh membantu dari segi promosi,” katanya di majlis pelancaran Malaysia Blockchain Infrastructure sempena pembukaan Minggu Blockchain Malaysia 2025, di Pusat Dagangan Dunia disini, hari ini.

Lih Kang berkata, selari dengan Pelan Hala Tuju Blockchain Kebangsaan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab digital serantau, MBI juga dijangka mampu memberi impak secara langsung kepada sektor industri halal.

“MBI membantu dalam mengukuhkan sistem pengesanan dan pensijilan halal yang lebih cekap dan dipercayai.

“Bayangkan, masa depan di mana perkhidmatan awam saling terhubung secara lancar, produk halal dapat disahkan dengan telus dari ladang hingga ke pinggan dan proses perolehan awam dilindungi daripada kebocoran,” katanya.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, beliau yakin MBI akan memberi impak besar kepada ekonomi negara menerusi pembentukan tulang belakang digital yang dipercayai dan mempunyai kebolehsalingan tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN