KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih RM63 bilion pelaburan telah berjaya diperoleh setahun selepas pelancaran Strategi Sektor Semikonduktor Negara (NSS), termasuk RM5 bilion daripada sumber domestik dan RM58 bilion daripada pelabur asing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek utama yang diluluskan termasuk pembungkusan lanjutan oleh Carsem bagi kecekapan tenaga, kenderaan elektrik (EV), kesalinghubungan dan kecerdasan buatan (AI). “Ini juga termasuk produk semikonduktor oleh NXP, fasiliti kuasa silikon karbida (SiC)…









