Malaysia perlu lebih ramai pelajar STEM

Malaysia perlu lebih ramai pelajar STEM

CHANG Lih Kang (kanan) menyerahkan sijil watikah pelantikan saintis padanan sekolah kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai, Noraihan Mohamad (tengah) pada majlis Peluncuran Program STI 1003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai di sini hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih ramai kemasukan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) iaitu melebihi sasaran sebelum ini iaitu 60 peratus daripada keseluruhan pelajar di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, keperluan tersebut ekoran peningkatan pelaburan ke dalam negara yang berlandaskan teknologi.

“Negara kini berada di landasan yang betul. Nampaknya sasaran 60 peratus boleh dicapai, namun bagi saya (jumlah itu) tidak cukup.

“Dulu kita sasar 60 peratus tetapi ada banyak pelaburan yang masuk (ke dalam negara) berasaskan teknologi, maka kita perlu lebih ramai anak-anak belajar dalam aliran STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program STI 100 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai, di sini hari ini.

Sementara itu, Lih Kang berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sedang giat melaksanakan usaha untuk merapatkan jurang antara pelajar di sekolah-sekolah bandar dan pendalaman.

“Selain daripada program utama dalam Minggu Sains Negara, kita juga ada program seperti Kembara Sains Borneo iaitu kita pergi sampai ke peringkat daerah dan beberapa program lain yang spesifik kepada sekolah pendalaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN