PETALING JAYA: Malaysia mengecam tindakan Israel yang melancarkan serangan udara ke atas Syria di Damsyik sehingga mengorbankan tiga nyawa dan 34 orang lagi cedera. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan rejim Zionis itu merupakan satu lagi tindakan yang mencabuli kedaulatan Syria hingga mengorbankan nyawa orang awam yang tidak bersalah. Menurut beliau, serangan tersebut merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria. “Syria telah menanggung penderitaan yang amat dahsyat sepanjang dekad lalu. Rakyatnya berhak untuk menikmati keamanan, bukan keganasan berterusan atau campur tangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya