Lesen tekong digantung, bot dibatal

Tragedi bot terbalik: Lesen tekong digantung, bot dibatal

MOHAMAD HALIZAM SAMSURI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lesen tekong bot penumpang yang terlibat dalam insiden bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut, dekat sini Sabtu lalu, yang meragut tiga nyawa digantung serta-merta sehingga siasatan kes selesai.

Timbalan Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur , Mohamad Halizam Samsuri berkata, lesen bot juga dibatalkan disebabkan berlaku pelanggaran syarat lesen.

“Jelas sekali , terdapat beberapa pelanggaran syarat lesen  yang dilakukan seperti tidak memakai jaket keselamatan dan lebih muatan penumpang selain beroperasi pada waktu malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, semua tertakluk kepada keputusan siasatan oleh Pasukan Siasatan Dalaman  di bawah Seksyen 334 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, bot digunakan dalam kejadian itu  bersaiz kecil dengan hanya sepanjang 7.9 meter dan lebar 1.79 meter yang mana had maksimum dua kru dan 10 penumpang namun, bilangan penumpang melebihi jumlah dibenarkan. 

Mengulas dakwaan setengah pihak mengenai bot berkenaan tidak mempunyai lesen, Mohd. Halizam berkata, bot tersebut mempunyai lesen dan insuran yang sah sehingga Mac 2026.

“Pemandu bot berusia 22 tahun itu adalah pemilik bot tersebut dan didapati baru memulakan operasi bot pada tahun ini,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 221 bot penumpang berlesen dilaporkan beroperasi di sekitar perairan Besut termasuk ke destinasi pelancongan seperti Pulau Perhentian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN