SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah kongsi tapak binaan perumahan, di sini, kelmarin. Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan parah dengan kecederaan di bahagian perut, leher serta ususnya terburai. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi…










