Lelaki hilang selamat ditemuikan tepi jalan

Lelaki hilang selamat ditemuikan tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AZAHAR HASHIM/PIX

KULIM: Lelaki yang dikhuatiri hilang selepas kereta Perodua Kancil dipandunya ditemui terbakar dijumpai dalam keadaan selamat kira-kira 1 kilometer dari lokasi dia dipercayai kemalangan di Jalan Batu Puteh-Labu Besar, di sini. 

Mangsa, Mohd. Solehin Abd. Latif, 28, ditemui orang awam di tepi jalan di kawasan Batu Puteh menghala ke Labu Besar dalam keadaan tidak berbaju.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Zulkifli Azizan berkata, lelaki itu ditemui seorang pengguna jalan raya kira-kira pukul 8 pagi dengan hanya berseluar dalam sebelum memaklumkan kepada pihaknya.

“Mangsa ditemui dalam keadaan stabil, cuma mengalami beberapa kesan calar pada badan dan sedikit lemah. Dia telah dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Zulkifli, keluarga mangsa turut dimaklumkan dan telah hadir ke balai sebelum mangsa diserahkan kepada mereka.

Terdahulu, kereta dipandunya ditemukan terbakar selepas dipercayai terbabas di Jalan Batu Puteh-Labu Besar, di sini semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Nurul Shahida, 37, berkata, polis menghubungi bapanya, Abd. Latif Muhamad, 71, pada pukul 8.50 pagi tadi bagi memaklumkan penemuan adiknya.

“Rasa amat lega, segala bebanan fikir tentang kehilanganya semua hilang selepas adik ditemui walaupun keadaanya tidak terurus tapi apa yang penting dia selamat.

“Buat masa ini kami tidak tanya adik lagi apa sebenarnya yang terjadi kerana dia masih dalam keadaan bingung dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya,” katanya.

Ujarnya, Mohd. Solehin dibawa ke Hospital Kulim untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha mencari adiknya sejak semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×