KopTNB perkukuh inisiatif digital melalui mySenang.my, Bazaria

KopTNB perkukuh inisiatif digital melalui mySenang.my, Bazaria

Naib Pengerusi Koperasi TNB, Azlan Ahmad bersama Ketua Bahagian Takaful, Norlaily Zainuddin menerima Premier Platinum Award daripada Takaful Malaysia, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KopTNB) terus memperkukuh komitmennya dalam mempelbagaikan manfaat untuk anggota menerusi pelancaran dan pengukuhan dua inisiatif utama iaitu mySenang.my dan Bazaria.

Ketua Pegawai Koperasi TNB, Zulkefle Ab. Rahim berkata, inisiatif ini menfokuskan kepada kemudahan digital serta pembangunan keusahawanan komuniti.

Katanya, pelaksanaan kedua-dua platform itu merupakan langkah strategik pihaknya da­lam menyesuaikan peranan koperasi dengan keperluan semasa, sejajar dengan aspirasi transformasi digital negara dan pembangunan ekonomi rakyat.

“KopTNB bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kewangan yang mampan, malah turut menjadi peneraju dalam transformasi digital dan pembangunan keusahawanan. Matlamat utama kami adalah memastikan setiap anggota mendapat manfaat yang nyata, praktikal dan berterusan melalui keanggotaan mereka.

“mySenang.my pula ialah plat­form digital yang memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan dan takaful kenderaan secara dalam talian.

“Ia menawarkan proses pan­tas dan efisien yang hanya mengambil masa beberapa mi­nit, sekali gus menjimatkan ma­sa pengguna serta menyediakan diskaun dan pulangan tunai,” katanya dalam kenyataan.

Zulkefle berkata, platform itu juga membuka ruang kolaborasi antara koperasi, khususnya dalam bidang takaful digital, yang mampu menjana pendapatan tambahan untuk koperasi luar.

Sementara itu, beliau berkata, Bazaria pula diperkenalkan sebagai platform e-dagang untuk menyokong pertumbuhan usahawan mikro dalam kalangan anggota dan komuniti setempat.

“Pelbagai produk tempatan dan antarabangsa termasuk barangan gaya hidup, kosmetik, gajet dan automotif dipamerkan di laman sesawang www.bazariakoptnb.com.

“Platform ini bukan sahaja meningkatkan potensi pendapatan dalam kalangan warga kerja dan anggota koperasi, malah menyemai semangat keusahawanan yang lestari.

“Dengan adanya Bazaria, anggota bukan hanya berperanan sebagai pengguna, malah turut berpeluang menjadi usahawan dalam ekosistem koperasi,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif mySenang.my dan Bazaria turut menyokong aspirasi nasional dalam memperkasa ekonomi rakyat melalui pemerkasaan koperasi sebagai entiti yang relevan dan progresif. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN